7 Rujukan Dalam Talian Untuk Penterjemah Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu

 

1) Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM)

https://prpm.dbp.gov.my/

PRPM merupakan laman terbesar yang disediakan untuk rujukan masyarakat awam secara dalam talian oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Selain untuk carian kata, laman PRPM juga menyediakan pelbagai perkhidmatan bahasa yang sangat bermanfaat dan bebaloi untuk diterokai oleh pencinta bahasa. Antaranya ialah:

  • Khidmat Nasihat DBP
  • Pantau Tegur Bahasa
  • DBP Sah Bahasa
  • Perpustakaan
  • Gerbang Kata
  • Semak Manuskrip

Rujukan Online Penterjemah Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu Malaysia.


2) Istilah Wang

Daftar Istilah Industri Perkhidmatan Kewangan Edisi Kedua

http://istilahwang.dbp.gov.my/

Laman ini adalah hasil kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk rujukan dalam sektor Industri Perkhidmatan Kewangan.

Beroperasi secara dalam talian dan mengandungi 38 091 istilah Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu yang mencakupi 16 subbidang utama iaitu:

  • Ekonomi
  •  Asas Ekonomi
  • Ekonomi Industri
  • Insurans
  • Kewangan
  • Monetari
  • Pasaran Modal
  • Pelaburan
  • Perakaunan
  • Perakaunan Islam
  • Perbankan
  • Percukaian
  • Perdagangan
  • Perniagaan
  • Takaful
  • Teknologi Kewangan

Rujukan Online Penterjemah Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu Malaysia.

 

3) LaRIM

LaRIM: Laman Rujukan Istilah Melayu

https://larim.usm.my/

Laman ini adalah hasil inisiatif Universiti Sains Malaysia (USM) bersama rakan kolaborasinya.

LaRIM telah berjaya menghasilkan 6 842 istilah Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu untuk beberapa domain utama seperti:

  • Sains
  • Teknologi
  • Perubatan
  • Undang-undang

Rujukan Online Penterjemah Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu Malaysia.

  

4) ETISAS

ETISAS: Portal Maya Istilah Sains

https://appsmu.ukm.my/etisas/

Laman ini adalah hasil inisiatif Fakulti Sains & Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Lima pusat pengajian di bawah fakuti ini telah bergabung menghasilkan daftar istilah yang dijana daripada buku-buku istilah pelbagai disiplin ilmu di fakulti tersebut.

Setakat ini pangkalan data ETISAS telah berjaya mengumpulkan lebih 80 000 entri istilah Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu.

ETISAS juga bersifat dinamik dengan menyediakan ruang untuk cadangan istilah baru, serta bersifat interaktif dengan khidmat nasihat dan pantau istilah. Pangkalan data ETISAS semakin berkembang dan setakat ini telah melibatkan lebih 114 853 entri berkaitan aktiviti bahasa.

Rujukan Online Penterjemah Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu Malaysia.

 

5) Daftar Istilah Mahkamah Perusahaan

Daftar Istilah Mahkamah Perusahaan Edisi 1

https://www.mp.gov.my/images/doc/glossary/glossary.pdf

 

Daftar Istilah Mahkamah Perusahaan Edisi 2

https://www.mp.gov.my/images/doc/glossary/glossary6.pdf

Mahkamah Perusahaan telah menyusun dan mengumpulkan istilah Bahasa Inggeris yang biasa digunakan di Mahkamah Perusahaan ke Bahasa Melayu untuk menyahut seruan pelaksanaan Dasar Bahasa Kebangsaan dalam bidang perundangan.

Daftar istilah ini telah terbitkan dalam dua edisi iaitu;

·         Edisi Pertama adalah Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu

·         Edisi Kedua adalah Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu dan Bahasa Mandarin

Susulan daripada penerbitan edisi pertama, satu usaha telah dilaksanakan untuk menerbitkan edisi kedua. Tujuannya bagi menjadi rujukan asas dalam Mahkamah bagi Jurubahasa Melayu dan Cina yang bertugas dan juga pihak yang menuntut atau saksi yang memberi keterangan. Daftar istilah ini membantu semua pihak memahami secara tepat dan cepat tentang sesuatu istilah yang lazim digunapakai bagi pertikaian di Mahkamah Perusahaan.

Rujukan Online Penterjemah Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu Malaysia.

Rujukan Online Penterjemah Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu Malaysia.

 

 6) Daftar Istilah Sains & Matematik

https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/dlp-powerhouse-selangau/daftar-istilah-sains-matematik

Daftar istilah ini diterbitkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Selangau, Sarawak untuk program Dual Language Programme (DLP) bagi menyokong Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Daftar istilah Sains & Matematik yang disediakan merangkumi Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina.

Rujukan Online Penterjemah Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu Malaysia.

  

7) Istilah Kejuruteraan

https://sps.utem.edu.my/phocadownload/Istilah%20Kejuruteraan.pdf

Daftar istilah ini merupakan hasil kerja Ahli Jawatankuasa Peristilahan Kejuruteraan Antara Universiti (JPKAU) iaitu wakil daripada universiti atau institusi pengajian tinggi tempatan.

Buku ini mengandungi istilah-istilah umum yang sering digunakan dalam subbidang dalam bidang kejuruteraan.

Rujukan Online Penterjemah Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu Malaysia.


Hasilkan Terjemahan Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu Yang Berkualiti

Penterjemah perlu memanfaatkan sumber rujukan terbuka dalam talian ini untuk meningkatkan  kualiti hasil kerja. Pada masa yang sama mengemaskini pangkalan data kosa kata peribadi dengan istilah yang baharu diperkenalkan.


Klik di sini untuk versi Bahasa Inggeris


Anda perlukan khidmat penterjemahan Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu?
Boleh hubungi saya sekarang!