Penterjemah adalah orang yang menterjemahkan sesuatu atau dikenali juga sebagai juruterjemah. Penterjemah menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk membantu pelanggan mengalih bahasa daripada bahasa sumber kepada bahasa sasaran. Contohnya khidmat penterjemahan Bahasa Inggeris iaitu bahasa sumber ke Bahasa Melayu iaitu bahasa sasaran.

Penterjemah profesional merujuk kepada individu yang menjadikan terjemahan sebagai kerjaya. Penterjemah profesional biasanya menguasai dua atau lebih bahasa dan mempunyai bidang fokus yang khusus. Mereka juga terlatih dan diiktiraf oleh badan terjemahan contohnya di Malaysia seperti Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) dan Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM).

Penterjemahan profesional pula merujuk kepada proses yang dilakukan untuk menterjemah suatu bahan dengan menggunakan ilmu dan kemahiran yang mendalam serta etika tinggi oleh penterjemah yang terlatih. Hasilnya, terjemahan akan dapat memenuhi piawaian kualiti serta bersesuaian dengan budaya dan nuansa kedua-dua bahasa.

Malay Translation Gateway sebagai salah satu institusi penterjemahan profesional sebagai contoh, menawarkan 5 khidmat penterjemahan iaitu:

1)     1) Khidmat Penterjemahan Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu (Translation)

2)     2) Khidmat Penyuntingan (Editing)

3)     3) Khidmat Penciptaan Semula Terjemahan (Transcreation)

4)     4) Khidmat Penulisan Siluman (Ghostwriting)

5)     5) Khidmat Tulisan Jawi

1) Khidmat Penterjemahan Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu (Translation)

Khidmat ini disediakan untuk membantu proses alih bahasa pelbagai bahan seperti buku, jurnal, artikel akademik, laporan tahunan, laporan kewangan, dokumen perjanjian, dokumen kontrak, manual dan panduan pengguna, iklan, brosur, risalah, kandungan laman web, sijil kelahiran, sijil perkahwinan, sijil kematian, sijil pendidikan, modul pembelajaran, siaran media, kenyataan akhbar, laporan rasmi, aplikasi mudah alih, sistem perisian, skrip, teks lakon layar, sarikata, akta, dasar dan polisi kerajaan, prosedur perundangan, soal selidik, surat rasmi, e-mel dan sebagainya.

Bahan-bahan ini perlu diterjemahkan dengan teliti bagi memastikan mesej yang disampaikan tepat dan tidak mengubah maksud asal.

2) Khidmat Penyuntingan (Editing)

Khidmat ini sediakan untuk membantu memelihara kualiti terjemahan. Antara aspek yang diberi perhatian oleh penyunting adalah:

  • Kelancaran urutan terjemahan
  • Kesesuaian dengan konteks dan budaya setempat
  • Kesahihan tatabahasa dan ejaan
  • Kejelasan mesej yang mahu disampaian

Proses penyuntingan penting untuk memastikan bahan yang telah diterjemah menggunakan istilah dan terminologi yang tepat, konsisten dan mudah difahami oleh pembaca sasaran. Pada masa yang sama menggunakan gaya dan laras bahasa yang sepandan dengan khalayak sasaran.


3) Khidmat Penciptaan Semula Terjemahan (Transcreation)

Khidmat ini disediakan untuk memastikan berlaku kesinambungan elemen budaya, emosi dan nilai dalam bahan yang diterjemahkan. Proses penyesuaian ini penting untuk memastikan hasil terjemahan memiliki kesan emosi dan kreatif yang mendalam kepada khalayak sasaran.

Proses penciptaan semula terjemahan biasanya melibatkan bahan seperti iklan dan pemasaran, skrip dan dialog, bahan promosi dan katalog, nama jenama dan slogan serta produk, kandungan aplikasi dan laman web, kandungan pelbagai media sosial, permainan video dan aplikasi interaktif, artikel blog, bahan motivasi dan sebagainya.

Proses ini penting bagi memastikan berlakunya penyetempatan (localization) yang sesuai dengan budaya dan konteks  tempatan. Sekaligus dapat menarik minat dan perhatian khalayak sasaran.

4) Khidmat Penulisan Siluman (Ghostwriting)

Penulis siluman menulis bahan atau kandungan atas nama orang atau organisasi lain secara di sebalik tabir tanpa dikenali oleh masyarat awam. Penulis siluman membantu individu atau organisasi menghasilkan bahan yang bermutu tinggi dengan mengekalkan gaya dan idea pemilik bahan atau kandungan.

Khidmat penulisan siluman biasanya digunakan oleh individu atau organisasi untuk menghasilkan buku atau memoir seperti biografi atau autobiografi, artikel atau kolum di media, buku pelbagai genre, iklan, brosur atau kandungan pemasaran, teks ucapan, modul latihan, kandungan untuk laman web, blog dan media sosial, laporan kajian atau kewangan, skrip progaram televisyen, radio atau audio siar, soal selidik, e-mel atau surat dan sebagainya.

Sinergi di antara penulis siluman dengan individu atau organisasi akan meningkatkan  kerancakan aktiviti penulisan dan penerbitan bahan yang berkualiti untuk bacaaan khalayak sasaran.

5) Khidmat Penulisan Jawi

Tulisan Jawi adalah tulisan yang menggunakan huruf-huruf Jawi. Biasanya digunakan untuk bahan yang melibatkan teks agama, sejarah Islam, budaya dan kandungan yang berkait dengan adat dan budaya Melayu.

Contohnya penulisan buku atau kitab agama, koleksi doa, zikir dan wirid, kad ucapan atau surat untuk perayaan keagamaan seperti Aidilfitri, Aidiladha, Maal Hijrah dan Maulidur Rasul, katalog produk dan perkhidmatan halal, buku teks dan bahan pembelajaran, sejarah dan peradaban Islam, karya sastera, karya seni khat, teks ceramah dan khutbah, sijil perkahwinan, lirik nasyid, makalah dan sebagainya.

Tulisan Jawi penting untuk mengekalkan warisan sejarah dan budaya serta menjadi identiti orang Melayu. Pada masa yang sama menjadi wadah untuk mengakses khazanah karya ulama terdahulu.

Your Malay Translation Gateway : Linking Worlds, Defying Limits

Khidmat-Khidmat Lain Oleh Penterjemah Profesional Bahasa Inggeris Ke Bahasa Melayu

  • Penulisan kandungan laman web dan media sosial. Contohnya menyediakan kandungan untuk laman web dan media sosial dalam bahasa khalayak sasaran iaitu bahasa Melayu untuk produk dan perkhidmatan daripada luar negara yang menggunakan bahasa Inggeris.
  • Penulisan semula kandungan asal bahan pemasaran, artikel, blog dan laman web. Contohnya menterjemahkan kandungan di laman web asal berbahasa Inggeris ke bahasa khalayak sasaran iaitu bahasa Melayu.
  • Penyediaan sari kata untuk video, filem dan program televisyen. Contohnya menyediakan sari kata untuk video atau filem daripada luar negara yang menggunakan bahasa Inggeris ke bahasa khalayak sasaran iaitu bahasa Melayu.
  • Penyediaan transkripsi audio atau video. Contohnya membuat transkripsi audio atau video yang menggunakan bahasa Inggeris. Kemudian hasil transkripsi ini boleh diterjemahkan ke bahasa Melayu.
  • Penyetempatan (localization) perisian dan aplikasi. Contohnya menterjemahkan antaramuka pengguna (UI), butang, menu dan mesej yang sesuai dengan bahasa, budaya dan norma tempatan. Termasuk juga kesesuaian gambar dan elemen-elemen lain supaya relevan dan boleh diterima dengan baik oleh khalayak sasaran.
  • Konsultasi bahasa dan terminologi. Contohnya membantu memilih istilah dan terminologi yang sesuai terutamanya dalam bidang khusus seperti undang-undang, perubatan, teknikal dan teknologi.
  • Latihan dan bimbingan bahasa. Contohnya menawarkan latihan dan bimbingan untuk mendalami bahasa Melayu dan aspek kearifan lokal seperti tradisi, budaya, kesusteraan dan kemahiran tradisional.
  • Pengesahan sijil dan terjemahan. Contohnya menyediakan perkhidmatan pengesahan untuk dokumen rasmi seperti sijil kelahiran, sijil perkahwinan, sijil akademik dan dokumen berkaitan imigresen.


Kelebihan Menggunakan Perkhidmatan Penterjemah Profesional

Penterjemah profesional mampu menghasilkan terjemahan yang tepat dan berkualiti, bukan sekadar menterjemah secara literal semata-mata.

Penterjemah profesional sentiasa peka dengan perkembangan semasa mampu menghasilkan terjemahan yang bersifat kontemporari.

Penterjemah profesional menghayati budaya dan memahami nuansa kedua-dua bahasa mampu mengadunkan pelbagai konotasi menjadi ungkapan yang mudah difahami.

Penterjemah profesional mempunyai sistem pengurusan yang cekap mampu menguruskan projek terjemahan dengan sistematik dan menepati jadual pelaksanaan tugasan.

Penterjemah profesional berpegang pada etika kerja mampu melindungi kerahsiaan dan keselamatan dokumen pelanggan.

Penterjemah profesional bekerja dalam satu pasukan mampu mengendalikan pelbagai jenis bahan dan menyesuaikannya dengan keperluan khalayak sasaran.

Penterjemah profesional memanfaatkan kecanggihan teknologi seperti Computer-Assisted Translation (CAT) mampu meningkatkan efikasi terjemahan. Sinergi keupayaan manusia dengan teknologi mampu meningkatkan produktiviti kerja dan juga kualiti serta konsistensi hasil terjemahan.

Penterjemah profesional mampu menyediakan khidmat yang memenuhi keperluan sebenar pelanggan sama ada mahu khidmat asas atau khidmat bersifat nilai tambah.